AIA PUBLIC TAKAFUL
KEPENTINGAN MEMBUAT PENAMA
Assalamualaikum dan selamat pagi,
Hari ini Sahabat Takaful ingin menceritakan sedikit mengenai "KEPENTINGAN MEMBUAT PENAMA".
CHAPTER 1 : Membuat penama
Tujuan mempunyai takaful hayat adalah untuk memastikan bahawa orang yang anda sayangi dilindungi dari segi kewangan jika terjadi sesuatu terhadap diri anda. Sekiranya anda tidak membuat penamaan di dalam polisi takaful anda,syarikat takaful anda berhak untuk tidak melepaskan wang polisi sehinggalah orang yang disayangi mendapatkan perintah probet atau surat kuasa mentadbir atau perintah pembahagian, yang mungkin mengambil masa beberapa tahun. Walau bagaimanapun,sekiranya ada penamaan, wang polisi boleh diagihkan dengan lebih cepat tanpa perlu mendapatkan perintah probet atau surat kuasa mentadbir atau perintah pembahagian.
Tambahan pula,bagi pemegang polisi yang bukan beragama Islam, suatu amanah akan diwujudkan untuk penama dibawah keadaan-keadaan berikut:
1) jika penama adalah suami atau isteri atau anak pemegang polisi, atau
2) jika penama adalah ibu bapa pemegang polisi (dengan syarat tidak ada suami atau isteri atau anak yang masih hidup pada masa penamaan dibuat)
Apabila amanah sedemikian diwujudkan,polisi berkenaan dikenali sebagai polisi amanah. Sebagai polisi amanah,wang polisi tidak menjadi sebahagian daripada harta pusaka pemegang polisi yang meninggal dunia dan oleh itu, tidak tertakluk kepada hutang pemiutang si mati. Ini akan memastikan penama tersebut dapat memperoleh sepenuhnya wang polisi yang dibayar. Walau bagaimanapun, kaedah ini hanya diterima pakai sekiranya polisi diambil secara jujur dan tanpa niat untuk menipu pemiutang.
Polisi amanah tidak diguna pakai bagi kes pemegang polisi yang beragama Islam. Penama bagi pemegang polisi yang beragama Islam menerima wang polisi hanya sebagai wasi dan ia mestilah mengagihkan wang itu mengikut undang-undang Islam.
CHAPTER 2 : Bilakah penamaan perlu dibuat ?
Sekiranya anda berumur 18 tahun dan ke atas,anda boleh menamakan seorang individu atau beberapa individu untuk menerima wang polisi apabila anda meninggal dunia. Penamaan biasanya dilakukan semasa mambuat permohonan polisi takaful hayat atau pada bila-bila masa dirasakan perlu.
CHAPTER 3 : Cara-cara untuk membuat penamaan
CARA-CARA UNTUK MEMBUAT PENAMAAN
1) Isikan borang penamaan yang disediakan oleh syarikat takaful yang biasanya memerlukan butir-butir penama seperti berikut:
- Nama
- Tarikh lahir
-Nombor kad pengenalan atau sijil kelahiran
- Alamat
2) Pastikan borang penamanan ditandatangani oleh seorang saksi yang berumur 18 tahun dan ke atas,sempurna akal dan juga bukan penama anda
3) Pastikan syarikat takaful anda mengesahkan penamaan sama ada didalam dokumen polisi atau borang penamaan.
Anda boleh menamakan lebih daripada seorang penama,dan nyatakan kadar bahagian hak bagi setiap penama. contohnya:
NAMA. KAD PENGENALAN. BAHAGIAN
Ahmad Syazwan Adnan. 901115-11-5343. 50%
Ahmad Syauqi Adnan. 951115-11-5343. 20%
Ahmad Izzhaq Adnan. 201115-11-5343. 30%
Jika anda tidak menetapkan kadar bahagian yang perlu dibayar kepada setiap penama,wang polisi akan diagihkan sama rata dikalangan penama.
Setakat 3 chapter dahulu Sahabat Takaful share untuk KEPENTINGAN MEMBUAT PENAMAAN,jika ada masa terluang, Sahabat Takaful akan sharekan kepada anda semua sambungan chapter untuk tajuk ini.
TERIMA KASIH KERANA MEMBERI SOKONGAN
JADIKAN SAYA #sahabat
No comments:
Post a Comment