AIA PUBLIC TAKAFUL
KEPENTINGAN MEMBUAT PENAMAAN
Sambungan sharing tentang "KEPENTINGAN MEMBUAT PENAMAAN"
Chapter 4 : siapakah yang layak dilantik sebagai penama
Anda bebas untuk menamakan sesiapa yang anda kehendaki. Walau bagaimanapun,tidak semua penama akan menerima wang polisi secara benefisial atau untuk kegunaan mereka sendiri
Dalam kes di mana pemegang polisi bukan seorang Islam,tertakluk kepada pertalian di antara pemegang polisi dengan penama,seseorang penama boleh menerima bahagian wang polisinya sama ada secara benefisial atau sebagai pemegang amanah atau wasi. Jika penama adalah suami atau isteri atau anaknya,suatu amanah akan diwujudkan bagi penama yang akan menerima wang polisi secara benefisial. Jika tidak ada suami atau isteri atau anak yang masih hidup ketika penamaan dibuat,maka suatu amanah akan diwujudkan bagi ibu bapa anda dan mereka akan menerima wang polisi secara benefisial. Dalam kes sedemikian,polisi tersebut dikenali sebagai polisi amanah.
Walau bagaimanapun,jika suami atau isteri atau anak masih hidup pada masa penamaan dibuat dan anda menamakan suami atau isteri dan isteri bapa anda atau anda menamakan anak dan ibu bapa anda,maka dalam kedua-dua kes ini hanya satu amanah akan diwujudkan,iaitu bagi suami atau isteri atau anak anda tetapi tidak bagi ibu bapa anda. Begitu juga,jika suami atau isteri atau anak anda masih hidup pada masa penamaan dibuat dan anda hanya menamakan ibu bapa anda,tiada amanah akan diwujudkan bagi ibu bapa anda.
Jika penama adalah bukan suami atau isteri atau anak atau ibu bapa kepada pemegang polisi (sekiranya tidak ada suami atau isteri atau anak pada masa penamaan dibuat), penama akan menerima wang. Polisi hanya sebagai wasi dan ia hendaklah mengagihkan wang tersebut wasiat,atau jika tidak ada wasiat,mengagihkan mengikut kehendak undang-undang pengagihan yang berkaitan. Dalam kes sedemikian,polisi berkenaan dikenali sebagai polisi bukan amanah. Aang polisi itu akan menjadi sebahagian daripada harta pusaka simati dan tertakluk kepada hutang-piutangnya.